Friday, April 12, 2013

REVOLUSI ICT MEMBAWA PERUBAHAN DUNIA


Kini kita hidup dalam dunia tanpa sempadan dan tinggal di bandar-bandar yang lebih bersih, selamat, sihat dan
sejahtera. Peranti dan aplikasi telah merubah hidup kita dengan mendadak dan membenarkan kita untuk mengalami
gaya hidup yang kita impikan. Kerja atau rekreasi, semuanya begitu mudah.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia dan Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama mengucapkan setinggi tahniah
kepada Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak di atas penerimaan
Anugerah Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia I.T.U. 2010.



ICT dalam
Penggunaan Tenaga
Setengah daripada penduduk dunia kini tinggal di
bandar-bandar dan penggunaan tenaga oleh penduduk
bandar mencapai tahap membimbangkan. Menerusi
ICT, anda kini mempunyai pilihan menggunakan kereta
hibrid dan pada masa depan, kereta elektrik akan
mengurangkan pengeluaran karbon untuk memastikan
pembangunan yang mapan.
ICT Dalam
Pengurusan Trafi k
Anda mengeluh dengan bilangan trafik di jalan
raya kita setiap hari tanpa menyedari bahawa ICT
sebenarnya membantu mengurangkan kesesakan
trafik ini. Imej digital trafik pada jalan raya di bandar,
dihantar melalui suapan satelit dan aliran di kawal
secara berpusat menerusi komputer. Bayangkan
trafik tanpa ICT.
ICT dalam
Pengurusan Sisa Pepejal
ICT memastikan keluarga anda terus sihat bukan sahaja
menerusi rawatan kesihatan dan industri farmaseutikal
tetapi juga menerusi pengurusan sisa pepejal.
Pembuangan kumbahan, loji rawatan dan sistem
perpaipan sisa buangan bawah tanah diselenggara
secara optimum menerusi penggunaan ICT.
ICT Dalam
Bangunan Pintar
Lebih banyak bangunan pintar sedang dibina bagi
membantu mengurangkan penggunaan tenaga
dan mengawal sistem mekanikal dan pencahayaan
contohnya, bagi mengurangkan pembaziran. Pernahkah
anda menggunakan eskalator teraktif penderia gerakan
di pusat membeli-belah dan lapangan terbang? Itulah dia
ICT yang digunakan untuk kebaikan alam sejagat.
ICT Mengekori Anda
Bolehkah anda hidup tanpa telefon mudah alih
sedangkan anda menggunakannya selama ini dalam
kehidupan seharian? Anda boleh berada jauh dari
rumah tetapi masih boleh dihubungi. Aplikasiaplikasi
perhubungan di Internet membenarkan anda
berhubung dengan yang tersayang di luar negara
secara bersemuka menerusi video. Anda kini boleh
bersama dengan mereka, sentiasa, dengan percuma.
ICT Memberi Maklumat
Anda ketahuinya sekelip mata tentang tragedi yang
melanda New York dan Acheh. Anda boleh menonton
Piala Dunia/ Sukan Olimpik/ Piala Thomas & Uber ketika
ia ke udara. Maklumat berada di hujung jari anda ketika
anda bekerja di bidang pengiklanan tapi mempelajari
segalanya tentang perubatan dalam talian. Dunia kita
berubah menjadi satu komuniti yang efisien dengan ICT.

Muat turun tentang ICT
Muat turun senarai info

No comments:

Post a Comment