Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Sekolah Menengah yang diadakan pada 21 -23 Oktober 2013 yang lalu dihadiri oleh semua ketua panitia dan guru Sains tingkatan 4 dari seluruh sekolah di daerah Tawau. Kursus ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tawau yang bertempat di SMK Kuhara, Tawau.
Kursus ini adalah bertujuan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah oleh guru-guru Sains. Kursus ini telah dihadiri oleh Pn Marliana Iryani Yaacob dan Pn Suriati Abd Halak sebagai wakil dari SMK Tawau II.
En Noor Kahar selaku jurulatih utama kursus ini telah banyak membantu guru-guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran terutamanya di dalam makmal. Dalam kursus ini, guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan daripada pelbagai sekolah untuk menjalankan eksperimen/tugas di stesen-stesen yang ditetapkan.
Disamping itu juga, guru-guru didedahkan soalan-soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan bagaimana membina soalan-soalan KBAT yang betul.
Diharapkan kursus ini dapat membantu semua guru-guru Sains di seluruh sekolah di daerah Tawau dalam meningkatkan kecemerlangan matapelajaran Sains.
Monday, October 28, 2013
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Matapelajaran Sains
HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pengajaran
Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat
menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.
APA ITU HOTs?
Kemahiran berfikir dengan tidak menggunakan algoritma seperti yang telah diketahui, ketika menghadapi situasi baru dan boleh mempunyai banyak penyelesaian.
maksudnya: tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita fikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perlu jadi lebih kreatif dan percaya bahawa masalah / situasi yang dihadapi boleh mempunyai lebih dari satu penyelesaian
Ini adalah bertentangan dengan LOTs (Lower Order Thinking Skills) yang hanya melibatkan kemahiran mengingat semula atau mengaplikasi konsep atau pengetahuan yang sedia ada.
Kata kerja seperti "inferens", "mewajarkan", "menaakul" dan "meramalkan" adalah kata kerja yang memerlukan HOTs. Namun perkataan seperti "menerangkan" (LOTs) juga mampu untuk dijadikan soalan HOTs jika menggunakan teknik yang betul.
TUJUAN DIPERKENALKAN HOTs
1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman
2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)
3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik
APA YANG GURU PERLU UBAH?
1. Ubah cara berfikir
2. Ubah cara menyoal
3. Ubah cara memotivasi
4. Menekankan aktiviti hands-on
5. Ubah jenis tugasan
6. Ubah cara pentaksiran
7. Ubah cara berkomunikasi
PERANAN GURU UNTUK HOTs
1. Memastikan murid aktif dalam p&p
2. Beri peluang kepada murid berbincang, bertanya dan beri pendapat
3. Mempelbagaikan strategi
4. Mengemukakan soalan yang membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi
CONTOH SOALAN HOTs DAN LOTs
PERBEZAAN HOTs DAN LOTs
Jika diperhatikan pada perbezaan antara soalan HOTs dan LOTs, kita dapat simpulkan secara ringkas bahawa soalan LOTs adalah soalan yang terus kepada jawapan dan jawapan yang ada hanyalah betul atau salah sahaja. Namun bagi soalan HOTs, pelajar perlu kreatif untuk mencari jawapan dan boleh memberikan jawapan lebih daripada satu, dan masih betul.
BAHAN RUJUKAN
Pembentangan HOTs dalam Sains dan Matematik BPK KPM (BOX)
Pembentangan HOTs dalam Sains dan Matematik BPK KPM (Google Docs)
Bahan Kursus HOTs dalam Sains dan Matematik (Laman Web BPK KPM)
credit to blog cikgu Hailmi.com

Subscribe to:
Posts (Atom)