Monday, October 28, 2013

Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Sekolah Menengah

Kursus  Pemantapan Pedagogi Sains Sekolah Menengah yang diadakan pada 21 -23    Oktober 2013 yang lalu  dihadiri oleh semua ketua panitia dan guru Sains tingkatan 4 dari seluruh sekolah di daerah Tawau. Kursus ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tawau yang bertempat di SMK Kuhara, Tawau.
Kursus ini adalah bertujuan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah oleh guru-guru Sains. Kursus ini telah dihadiri oleh Pn Marliana Iryani Yaacob dan Pn Suriati Abd Halak sebagai wakil dari SMK Tawau II.
En Noor Kahar selaku jurulatih utama kursus ini telah banyak membantu guru-guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran terutamanya di dalam makmal. Dalam kursus ini, guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan daripada pelbagai sekolah untuk menjalankan eksperimen/tugas di stesen-stesen yang ditetapkan.
Disamping itu juga, guru-guru didedahkan soalan-soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan bagaimana membina soalan-soalan KBAT yang betul.

Diharapkan kursus ini dapat membantu semua guru-guru Sains di seluruh sekolah di daerah Tawau dalam meningkatkan kecemerlangan matapelajaran Sains.


No comments:

Post a Comment