Saturday, October 13, 2012

KURSUS PEMBINAAN BLOG KOHOT 2

Pada 11 Oktober 2012 yang lepas, bertempat di Bilik Guru SMK Tawau II telah diadakan kursus pembinaan blog. Kursus ini telah disampaikan oleh blogger berpengalaman Pn Zakiah M. Yusuf dan dibantu oleh 2 fasilitator iaitu Pn Marliana Iryani Yaacob dan En Syahbudin Karimin. Alhamdulillah kursus ini telah berjalan dengan jayanya dan guru-guru telah dapat membina blog. Tahniah diucapakan kepada Pn Zakiah selaku penceramah serta guru-guru yang menyertai kursus ini. Semoga dengan ilmu yang dicurahakan dapatlah kita manfaatkan bersama...insyallah!!

Pn Pengetua bertegur sapa  dgn Pn Noraini

Suasana di bilik guru

Pn Syafiruliza dan Cik Aina tekun mengadap laptop

Dah habis buat blog..jom kita makan..!

Blurrr...

Peserta dan fasilitator bergambar bersama

Pn Zakiah..tuan penceramah kita



Aksi tuan penceramah

Peserta tekun mendengar cermah yg disampaikan

Pn Syafiruliza

En Syahbudin...fasilitator

Catatan: Pn Marliana Iryani Yaacob

Sunday, October 7, 2012

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN RESTU ILMU PMR

Assalmualaikum dan salam sejahtera.... alhamdulillah, tanggal 8 Oktober 2012 ...SMK Tawau II telah menjyakan Majlis solat hajat dan restu ilmu bagi pelajar2 yg akan mengahadapi PMR esok. Guru2 telaha mencurahakan segala ilmu di dada..sekarang terserah untuk para pelajar berjuang sehabis baik di medan peperiksaan esok. Semoga pelajar2 kita berjaya dengan cemerlangnya...insyallah!
Barisan guru ...kami mendoakan kejayaan anak didik kami








































Saturday, September 22, 2012

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS SPM

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS TERAS KERTAS 2 BAHAGIAN A 

 Salam sejahtera cikgu ucapkan kepada semua. Peperiksaan SPM makin hampir, begitu juga dengan peperiksaan akhir tahun. Ada sesetengah sekolah di daerah atau negeri telah pun bermula peperiksaan akhir tahun. Di sini cikgu ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menjawab soalan kertas 2 Bahagian A. Dalam ' part 1 '  cikgu menerangkan bagaimana mengenalpasti pembolehubah yang terdapat pada soalan. Ingat jawapan dalam bahagian A ini 50% terdapat pada soalan itu sendiri. Untuk itu, sila klik pautan dibawah.

Teknik menjawab bhg A kertas 2 Sains Teras.pdf

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS SPM KERTAS 2 BHG A (part 2)

MEMBUAT PEMERHATIAN

 Semoga sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru dan para pelajar. Terima kasih.
di bawah ini link, sila klik.
http://www.docstoc.com/docs/80196343/TEKNIK-MENJAWAB
 
Catatan oleh: Pn Marliana Iryani Yaacob

Tips Menjawab soalan Sains PMR

Cara Menulis Inferens Percubaan Sains PMR Kelantan 2012)




Cara Menulis Inferens
Contoh Soalan 7 dan 8 
Percubaan Sains PMR Kelantan 2012
Download here

Monday, September 10, 2012

Sunday, September 9, 2012

Soalan Percubaan Sains Semua Negeri PMR 2012


Kedah 2012

Kelantan 2012

Terengganu 2012

Melaka 2012

Negeri Sembilan 2012

Pahang 2012
Paper 1 || Paper 2 || Answer Scheme P1 P2

Perak 2012

SBP 2012
Paper 1 || Paper 2 || Answer Scheme P1 P2

Selangor 2012
Paper 1 || Paper 2 || Answer Scheme P1 P2
Credit to 

Pulau Pinang 2012
Paper 1 || Paper 2 || Answer Scheme P1 P2
Credit to

Tuesday, August 28, 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR.....menjelang tiba

Kiranya masih belum terlambat untuk Panitia Sains mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SMK Tawau II. Dalam kesibukan meraikan hari yang penuh bermakna itu, diharap pelajar-pelajar Tingkatan 3 tidak lupa membuat ulangkaji bagi menghadapi PMR. Insyallah, minggu hadapan pada 3 September 2012 ...pelajar Tingkatan 3 akan menduduki Peperiksaan Percubaan PMR.  Disini , Panitia Sains ingin melampirkan soalan-soalan Peperiksaan Percubaan Sains daripada negeri-negeri lain.

Tuesday, July 17, 2012

Tips Menjawab Soalan Sains PMR (kertas2)


Kenapa pelajar selalu tidak dapat menjawab soalan mendefinasi secara operasi dengan tepat?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Bertemu lagi dalam tips menjawab soalan sains PMR. Kali ini Blog Panitia Sains SMK Tawau II akan menerangkan kepada pelajar bagaimana cara untuk menjawab soalan definasi secara operasi dengan mudah.

Secara takrifan. Definasi secara operasi ialah memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu.

Untuk menentukan pembolehubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlu menyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke atas pembolehubah ini?" Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu perlu didefinisi secara operasi. Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untuk pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas. Definisi yang diberi boleh berbeza antara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun mereka merujuk kepada pembolehubah yang sama.

Contoh:
Mendefinisi secara operasi "pertumbuhan anak pokok"
Anda boleh mendefinisinya sebagai .........
1.Ketinggian anak pokok iaitu jarak dari aras tanah ke pucuk daun yang tinggi sekali. Anda perlu menggunakan pembaris meter atau pita pengukur untuk mengukur ketinggian tersebut setiap lima balas hari. Perbezaan ukuran akan mewakili pertumbuhan anak pokok.
atau

2.Bilangan daun pada anak pokok. Anda perlu mengira jumlah daun yang terdapat pada pokok itu selepas setiap dua minggu. Penambahan bilangan daun menunjukkan terdapat pertumbuhan pada anak pokok.
atau

3.Ukurlilit batang pokok. Anda perlu menandakan batang pokok yang hendak diukur. Dengan menggunakan pita pengukur atau benang dan pembaris, anda boleh mendapatkan ukurlilit batang pada bahagian yang bertanda selepas dua minggu. Anak pokok mengalami pertumbuhan jika ukurlilit bertambah.
atau

4.Jisim anak pokok dan pasu. Anda boleh menggunakan neraca alur tigaan atau penimbang elektronik untuk menimbang anak pokok dan pasu pada masa awal eksperimen. Selepas sebulan anak pokok dan pasu ditimbang semula. Jika terdapat perbezaan jisim ini bermakna anak pokok telah mengalami proses pertumbuhan.
Dengan kata lain, definasi secara operasi ialah pembolehubah yang bergerakbalas yang boleh diukur. 

Jom kita lihat contoh soalan PMR di bawah ini.
Contoh 1 PMR 2009
Candle in container
Lilin dalam bekas
Time to extinguish (s)
Masa untuk padam (s)
K
5
L
8
M

(J) State the operational definition for combustion.
Nyatakan definisi secara operasi untuk pembakaran.
……………………………………………………………………………………… ………….
[1 mark] [1 markah]
Jawapan:
Pembakaran adalah proses yang ditunjukkan oleh masa untuk lilin padam
Masa untuk lilin padam adalah pembolehubah yang bergerakbalas dan boleh di ukur.
Contoh 2 PMR 2006
Diagram 8.2 Rajah 8.2
(e) Based on Diagram 8.2, state the operational definition of frictional force. Berdasarkan Rajah 8.2, definisikan secara operasi daya geseran.
…………………………………………………………………………………………………..
[l mark] [1 markah]
Jawapan:
Daya geseran adalah daya yang ditunjukkan oleh bacaan pada neraca spring apabila bongkah kayu ditarik.
Bacaan pada neraca spring adalah pembolehubah yang bergerakbalas dan boleh diukur.
Contoh 3
Speed of fan
Kelajuan kipas
Position of the air bubble / cm
Kedudukan gelembung udara / cm
1
6.6
2
6.8
3
7.0
4

(vii) Define operationally "the rate of transpiration". Definisikan secara operasi "kadar transpirasi".
…………………………………………………………………………………………………..
[l mark] [1 markah]
Jawapan:
Kadar transpirasi adalah kadar yang ditunjukkan oleh kedudukan gelembung udara pada kelajuan kipas tertentu.
Kedudukan gelembung udara adalah pembolehubah yang bergerakbalas dan boleh diukur.

Di harap dengan beberapa contoh yang diberikan ini dapat sedikit sebanyak membantu pelajar bagi menjawab soalan PMR nanti.


Semoga berjaya!! Kepada semua pelajar PMR  ..selamat menjawab soalan Gerak Gempur 1!


Catatan oleh: Pn Marliana Iryani Yaacob