Monday, July 2, 2012

Seminar Transformasi P&P 2012

Pada 30 Jun 2012 (Sabtu) yang lepas, 2 orang guru Sains dan 2 orang guru Matematik telah menghadiri Seminar Transformasi P&P bertempat di Hotel MB, Tawau. Seminar ini merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh Pasukan Tawau Speed Team Sains dan Matematik Bahagian Tawau.  Seminar ini melibatkan guru-guru Sains Matematik di sekolah2 daerah Tawau.

Sepanjang seminar tersebut, banyak perkara yang telah dapat diperolehi guru-guru bagi membantu guru dalam teknik pengajaran yang berkesan, menggalakkan interaksi antara guru2 dalam pelbagai kaedah p&p, meningkatkan motivasi guru serta meningkatkan kaedah p&p agar guru dapat mencapai objektif yang diperlukan.

Panitia Sains SMK Tawau II mengucapkan tahniah dan syabas kepada usaha yang dilakukan oleh Pasukan Tawau Speed Team-SCM3. Semoga usaha murni ini diberkati oleh Nya...dan sama-sama kita dapat memanafaatkanya untuk kemajuan anak bangsa kita!


Penceramah, Che Ahamad Daud (Guru Cemerlang SM Teknik Vokasional Kulim, Kedah)



















































































































































































































































Catatan oleh:Pn Marliana Iryani Yaacob

1 comment:

  1. menarik entry ni.. thanks for sharing...

    jika boleh diperbesarkan gambar lagi tentu lebih menarik.hehehe

    ReplyDelete