Friday, April 12, 2013

Arus pendidikan 2013....semakin mencabar

Alhamdulilah, kita telah menganjak ke bulan April tahun 2013. Tidak terlambat lagi rasanya Panitia Sains mengucapkan sekalung tahniah kepada para pelajar yang telah berjaya dalam SPM 2012. Tahniah kepada semua pelajar serta guru-guru kerana telah mengharumkan nama SMK Tawau II setanding dengan sekolah-sekolah lain, walaupun sekolah kita serba kekurangan.

Mudah-mudahan, pihak berwajib terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia akan lebih mengambil berat akan keperluan sekolah kita supaya para pelajar SMK Tawau II akan dapat belajar dalam keadaan yang lebih kondusif.

Kini, aktiviti-aktiviti sekolah kita semakin rancak. Al maklumlah, para pelajar serta guru-guru tingakatan 1 dan 2, sedang bertungkus-lumus dengan PBS. Manakala para pelajar kelas peperiksaan PMR dan SPM sibuk dengan kelas tambahan dan kelas Cakna. Mudah-mudahan usaha murni ini akan diberkati oleh Nya dan kita semua beroleh kejayaan yang cemerlang. Amin.

Senpena bulan April ini juga, Panitia Sains ingin mengumumkan Bulan April ini sebagai "Bulan Sains Dan Matematik". Beberapa aktiviti-aktiviti diadakan sempena bulan ini seperti:

1) Kuiz Sains
2) Pertandingan Melukis Logo Persatuan Sains Dan Matematik
3) Folio Tokoh-tokoh Sains Islam Di Dunia
4) Pertandingan Nota Sains Terbaik
5) Teka silangkata
6) Sodoku
7) Pertandingan Menghafal Sifir.

Panitia Sains berharap para pelajar SMK Tawau II akan mengambil bahagian dengan aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Aktiviti seperti ini bukan sahaja untuk menambah minat pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik tetapi juga untuk memperkembangkan potensi serta bakat para pelajar.

Seorang pelajar tidak hanya pandai dalam pelajaran dengan mendapat semuanya 'A'. Seorang pelajar perlu juga aktif dalam bidang kokurikulum dan terlibat dalam pelbagai aktiviti bagi memperkembangkan potensinya. Pelajar pada masa kini berbeza pada masa yang lampau, yang hanya seperti 'ulat buku', tidak pandai berbicara, berbahas, bersukan dan sebagainya. Mereka hendaklah serba boleh.




No comments:

Post a Comment