Monday, July 8, 2013

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA SMK TAWAU II

Assalamualaikum ... Panitia Sains SMK Tawau II ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada warga sekolah kerana pencapaian yang sangat membanggakan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tawau yang diadakan baru-baru ini.

Sekolah kita telah berjaya memenangi 5 kategori tersebut :

1) Johan Anugerah Kecemerlangan Lonjakan Peningkatan Keputusan GPS Tertinggi 2012 PMR
2)Johan Anugerah Kecemerlangan Lonjakan Peningkatan Keputusan GPS Tertinggi 2012 SPM
3) Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
4)Anugerah Principal Of The Year (Pn Norliza Mustafa)
5)Tempat Ketiga Anugerah Guru Inovatif  SMK/Individu (En Mohd Aziz Yappa)

Ucapan sekalung tahniah daripada Panitia Sains untuk Pengetua, Pn Norliza Mustafa dan En Mohd Aziz Yappa di atas anugerah yang diterima.


Semoga kecemerlangan ini diteruskan untuk tahun 2013...in shaa Allah!!!

Catatan : Ketua Panitia Sains SMKT II/ 2013


No comments:

Post a Comment