Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Bapa kepada warga SMK Tawau II

Sempena Hari Bapa pada bulan Jun ini, Panitia Sains ingin mengucapkan "Selamat menyambut hari bapa" kepada semua warga SMK Tawau II. Walaupun  bilangan guru lelaki adalah sangat kurang di sekolah kita, namun peranan mereka amatlah penting. Apa tidaknya, dengar saja tapak kasut Cikgu Hedzree..

terus kecut perut semua pelajar!...:)

Susah cikgu perempuan nak kawal pelajar kalau tak ada cikgu lelaki ni. Teringat pula saya pada guru-guru lelaki yang pernah mengajar saya dulu. Sampai sekarang tak kan saya lupa jasa mereka, kalau tak kerana rotan itu...tak mungkin dapat saya berdiri seperti hari ini. Terima kasih cikgu!!! Buat ayah saya, terima kasih ayah...kerana mendidik ku! Tak mungkin dapat ku balas segala jasamu!!!

Selamat Hari Bapa!





1 comment: